Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa penyakit BERBAHAYA. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
yang baik. Punca utama serangan penyakit berbahaya seperti kanser dan
penyakit jantung. Corak pengambilan
makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan
kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
JUM TENGOK PIRAMID MAKANAN,,, MANA TAHU DAPAT KESEDARAN.. SIKIT PON JADI LAAA..
Malaysia
dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di
negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber
dari berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program
dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1.
Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh
badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini
menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik
dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2.
Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan
seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan
mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3.
Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu
aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk
dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4.
Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan
zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan
aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu
mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan
tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan
menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya. “TEPUK DADA DAN TANYALAH SELERA MASING-MASING YERR”.
TAK SEMESTINYA ORANG YANG BERBADAN BESAR ITU ADA PENYAKIT DAN TAK SEMESTINYA ORANG BERBADAN KECIL TIADA PENYAKIT ^.^