Kali ini fatin ingin berkongsi tentang aktiviti yang fatin jalankan pada minggu ketiga kuliah. Ia merupakan Program Pembangunan Sahsiah yang dikendalikan oleh Encik Aziz Yatim, penyarah saya yang amat berkaliber dalam melaksanakan pelbagai program. Jum kita lihat wajahnya di gambar bawah ni,,
Para peserta begitu tekun mendengar ceramah
Sebenarnya fatin menyertai program ini kerana ingin menimba ilmu berkaitan cara pengendalian program. Fatin amat tertarik untuk menyertai program ini kerana fatin dengar dari senior-senior yang mengatakan bahawa Encik Aziz ini seorang yang cekap dalam mengendalikan program dan ini terbukti apabila kesemua slotnya dapat menyentuh hati dan perasaan setiap peserta kerana saya dapat melihat masing-masing begitu tekun mendengar segala penceritaan En Aziz yang boleh menjadikan iktibar dan persediaan untuk saya sendiri yang bakal masuk ke setting sekolah dalam berhadapan dengan kerenah murid masa kini. saya sendiri turut tersentuh hati mengenai penceritaan pengalamannya sepanjang berkhidmat di setting sekolah suatu ketika dahulu.
Beliau juga kerap tegaskan bahawa jika kita ingin membimbing atau mendidik seseorang terutamanya seseorang yang nakal, kita tidak boleh meninggikan suara kerana jika kita turut meninggikan suara, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada orang tersebut. Sebaliknya dia semakin bertindak lebih agresif dan tidak mahu mendengar cakap kita. Apa yang ingin saya sampaikan ialah bukan semua percakapan dibalas dengan ayat yang kasar. Malah kemungkinan orang tersebut menghormati kita jika kita berkata menggunakan perkataan yang baik dan dia akan fikir sendiri kenapa pendekatan yang kita gunakan lain dari yang lain. So pentingnya kepada ibu or ayah to be dalam memahami kerenah anak-anak kita. ^.*

Saya bersambung pula ke aktiviti yang telah saya lakukan bersama-sama ahli kumpulan saya. Majoritinya terdiri daripada junior semester satu. Mereka semua awesome,, hehe... Mereka sungguh sporting dan tidak segan silu memberi pendapat dan berkongsi pelbagai imput yang berguna. kebanyakannya teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Universiti. Sama seperti saya masa mula-mula masuk U. Tetapi perlu ingat ye adik-adik, tidak semua hari yang kita lalui indah-indah belaka, terutamanya apabila berjauhan dengan ahli keluarga. Kita perlu pandai menjaga diri dan bersiap-sedia dari segi fizikal dan mental. Besar harapan kedua orang tua kita untuk melihat anak yang dikandung dan dibesarkan menjadi insan yang berguna. So jangan mudah lupa diri. ggrrrrrrrrrrrr......
Pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program tersebut. Paling saya berminat untuk menyertai aktiviti tersebut apabila dari jam 9 pagi sehingga ke zohor, Encik Aziz banyak menceritakan pengalaman beliau menjadi seorang guru displin dan bertukar ke guru kaunseling. Yang dahulunya seorang yang garang menjadi seorang yang penyayang dan semua pelajar termasuk diri saya sendiri begitu kagum dan amat menghormatinya. Jika sebelum ini saya menghadiri program-program yang banyak memberikan ceramah, menjadikan saya merasa mengantuk. Tetapi, pada program kali ini yang dikendalikan oleh beliau sepenuhnya, saya tidak merasa mengantuk walaupun hakikatnya saya tidur jam 3 pagi pada malam sebelum itu. Ini menunjukkan pendekatan yang beliau gunakan amat menarik dan peserta bersemangat untuk mendengar dan tidak jemu mendengarnya.

Semangat membuat senaman korporat
Secara keseluruhannya, program ini memberi input yang amat berguna kepada saya terutamanya berkaitan cara berhadapan dengan isu-isu remaja masa ini. Selain memupuk semangat setia kawan dan berpasukan, program ini banyak membantu saya dalam mengenali perwatakan setiap peserta dan cara untuk mengambil mud peserta. Jika ada lagi program yang dikendalikan oleh beliau lagi, insyaAllah saya akan sertai. Kerana tiada kerugian jika ilmu yang diberikan itu bermunafaat untuk diri sendiri. ^.^
Mengisi perut
No comments:
Post a Comment