.post ul li { line-height: 1.4em; background: transparent url(http://www.glitter-graphics.com/images/empty.gif) no-repeat scroll 0px 4px; margin: 0.3em 0; padding: 0 0 0.8em 20px; }

Monday, November 18, 2013

KEPENTINGAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa  penyakit BERBAHAYA. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.


JUM TENGOK PIRAMID MAKANAN,,, MANA TAHU DAPAT KESEDARAN.. SIKIT PON JADI LAAA..






Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.


Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “TEPUK DADA DAN TANYALAH SELERA MASING-MASING YERR”.


TAK SEMESTINYA ORANG YANG BERBADAN BESAR ITU ADA PENYAKIT DAN TAK SEMESTINYA ORANG BERBADAN KECIL TIADA PENYAKIT  ^.^


Sunday, November 17, 2013

Program Pertama Semester 5 UPSI

Hai, bersua kembali... aucakkk,, hehe

Kali ini fatin ingin berkongsi tentang aktiviti yang fatin jalankan pada minggu ketiga kuliah. Ia merupakan Program Pembangunan Sahsiah yang dikendalikan oleh Encik Aziz Yatim, penyarah saya yang amat berkaliber dalam melaksanakan pelbagai program. Jum kita lihat wajahnya di gambar bawah ni,,

Para peserta begitu tekun mendengar ceramah
  
Sebenarnya fatin menyertai program ini kerana ingin menimba ilmu berkaitan cara pengendalian program. Fatin amat tertarik untuk menyertai program ini kerana fatin dengar dari senior-senior yang mengatakan bahawa Encik Aziz ini seorang yang cekap dalam mengendalikan program dan ini terbukti apabila kesemua slotnya dapat menyentuh hati dan perasaan setiap peserta kerana saya dapat melihat masing-masing begitu tekun mendengar segala penceritaan En Aziz yang boleh menjadikan iktibar dan persediaan untuk saya sendiri yang bakal masuk ke setting sekolah dalam berhadapan dengan kerenah murid masa kini. saya sendiri turut tersentuh hati mengenai penceritaan pengalamannya sepanjang berkhidmat di setting sekolah suatu ketika dahulu.

Beliau juga kerap tegaskan bahawa jika kita ingin membimbing atau mendidik seseorang terutamanya seseorang yang nakal, kita tidak boleh  meninggikan suara kerana jika kita turut meninggikan suara, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada orang tersebut. Sebaliknya dia semakin bertindak lebih agresif dan tidak mahu mendengar cakap kita. Apa yang ingin saya sampaikan ialah bukan semua percakapan dibalas dengan ayat yang kasar. Malah kemungkinan orang tersebut menghormati kita jika kita berkata menggunakan perkataan yang baik dan dia akan fikir sendiri kenapa pendekatan yang kita gunakan lain dari yang lain. So pentingnya kepada ibu or ayah to be dalam memahami kerenah anak-anak kita. ^.*

Saya bersambung pula ke aktiviti yang telah saya lakukan bersama-sama ahli kumpulan saya. Majoritinya terdiri daripada junior semester satu. Mereka semua awesome,, hehe... Mereka sungguh sporting dan tidak segan silu memberi pendapat dan berkongsi pelbagai imput yang berguna. kebanyakannya teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Universiti. Sama seperti saya masa mula-mula masuk U. Tetapi perlu ingat ye adik-adik, tidak semua hari yang kita lalui indah-indah belaka, terutamanya apabila berjauhan dengan ahli keluarga. Kita perlu pandai menjaga diri dan bersiap-sedia dari segi fizikal dan mental. Besar harapan kedua orang tua kita untuk melihat anak yang dikandung dan dibesarkan menjadi insan yang berguna. So jangan mudah lupa diri. ggrrrrrrrrrrrr......

Pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program tersebut. Paling saya berminat untuk menyertai aktiviti tersebut apabila dari jam 9 pagi sehingga ke zohor, Encik Aziz banyak menceritakan pengalaman beliau menjadi seorang guru displin dan bertukar ke guru kaunseling. Yang dahulunya seorang yang garang menjadi seorang yang penyayang dan semua pelajar termasuk diri saya sendiri begitu kagum dan amat menghormatinya. Jika sebelum ini saya menghadiri program-program yang banyak memberikan ceramah, menjadikan saya merasa mengantuk. Tetapi, pada program kali ini yang dikendalikan oleh beliau sepenuhnya, saya tidak merasa mengantuk walaupun hakikatnya saya tidur jam 3 pagi pada malam sebelum itu. Ini menunjukkan pendekatan yang beliau gunakan amat menarik dan peserta bersemangat untuk mendengar dan tidak jemu mendengarnya.

Semangat membuat senaman korporat

Selesai solat zohor, setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan satu tugasan yang diberi. Aktiviti ini dinamakan Kembarun. Fasilitator memberikan kami sekeping sampul surat yang mengandungi pelbagai "hint" untuk kami teka sendiri. Kami perlu pergi mencari 'checkpoint' berdasarkan 'hint' dalam sampul surat tersebut. Pelbagai gelagat dapat saya lihat sepanjang melaksanakan aktiviti ini. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan apabila kami bercampur gaul dengan kumpulan lain dan mencari sesiapa yang tahu maksud sebenar 'hint' tersebut kerana "hint" tersebut kebanyakannya adalah bahasa yang kami tidak faham. :( Tetapi saya amat berpuas hati kerana aktiviti seperti ini dapat melatih kita agar tidak malu bertanya dengan orang sekeliling.

Secara keseluruhannya, program ini memberi input yang amat berguna kepada saya terutamanya berkaitan cara berhadapan dengan isu-isu remaja masa ini. Selain memupuk semangat setia kawan dan berpasukan, program ini banyak membantu saya dalam mengenali perwatakan setiap peserta dan cara untuk mengambil mud peserta. Jika ada lagi program yang dikendalikan oleh beliau lagi, insyaAllah saya akan sertai. Kerana tiada kerugian jika ilmu yang diberikan itu bermunafaat untuk diri sendiri. ^.^


Mengisi perut







Thursday, November 7, 2013

Program di sekolah

Hai, bersua kembali,,
Hari ini Fatin ingin kongsikan tentang kumpulan fatin yang telahpun pergi ke sekolah untuk membuat program... Kumpulan fatin sepakat memilih sekolah di kawasan felda. Bagi fatin, ia merupakan suatu pengalaman yang menarik kerana dapat masuk ke kawasan perkampungan... Perjalanan dari UPSI ke Felda Soeharto agak mencabar jugalah sebab perlu memandu di kawasan yang sempit, berbukit-bukau dan berselekoh tajam.. Amat mencabar. Belum lagi pergi mengadakan program.. Kira mencabar jugalah.. hehehe....

Program di sekolah kali ini, saya bersama dua rakan kumpulan membuat berkaitan tema Kepimpinan... Maklumlah, guru kaunselingnya yang suruh membuat tema kepimpinan untuk para peserta yang terdiri daripada ketua-ketua di sekolah tersebut... Tak kiralah sama ada pengawas sekolah ke, pusat sumber ke atau pembimbing rakan sebaya (PRS).

Sepanjang program berlangsung, dalam hati memang terdetik 'diorang ni memang nak kena pimpin nie sebab tak ada gaya seorang pemimpin... lebih-lebih lagi mereka minat bercakap... Tetapi nasib baik kami bertiga pandai mengawal keadaan dan disokong oleh refleksi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mantap dimana peserta sendiri boleh memikirkan tanggungjawab yang sedang digalas dengan cara tingkahlaku mereka.

 LDK bertajuk Radio Rosak :



 LDK Marker Ajaib :





LDK Cawan Kehidupan


Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai ragam yang dipaparkan. Kesan paling ketara apabila para peserta semakin menjaga tingkahlaku dan lebih mendengar kata apabila program ini ingin berakhir. Sebelum menamatkan program, kami mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan. ^.^










Monday, November 4, 2013

Apa Itu Stress!!!!!



Anda semua tahu tak apa itu Stress??? Mesti tahu kan!!! Tetapi bila saya tanya adik saya, stress dalam BM apa? Dia jawab " urmmm stress laaa".... Hah, nampak sangat over BI gituu kan... Heeee... Ok, seperti semua tahu, tekanan ni merangkumi beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan dan kemurungan.


Meh teka ekspresi muka dalam gambar ini sedang kesedihan atau gembira,,,


Mana mama niee,, hukhukhuk


       Peace Yooo



Antara cara kita nak tahu kita sedang stress ke tak, meh study nie,,



Ok, ini sangat berbahaya... Jika kawan-kawan tidak pandai mengawal tekanan, inilah yang akan terjadi.. let cek it out,,,,


Tekanan juga boleh menyebabkan diri kita diserang pelbagai penyakit taw.. Antaranya :

  • Sakit jantung dan angin ahmar.
  • Insomnia atau susah tidur.
  • Kencing manis.
  • Gastrik atau Ulser
  • Infeksi atau jangkitan kuman.
  • Asma.
So, kawan-kawan semua perlulah pandai mengawal tekanan dan jangan sampai diserang penyakit seperti disenaraikan di atas ni... Tapi, jika dah memang nasib kita nak dapat, nak buat macam mana kan... rezeki masing-masing la yer.. 

So jika rasa diri tu dalam tekanan sama ada tahap rendah ataupun tinggi, kawan-kawan perlulah pandai mengawalnya. 

Antara cara yang kengkawan boleh lakukan adalah dengan :
  • Mendapatkan tidur yang secukupnya.
  • Pergi bercuti or menenangkan diri.
  • berfikiran positif.
  • Menjaga pemakanan seharian.
  • Bergaulah dengan orang sekeliling.
So kawan-kawan, Selamat Mencuba ye.. Sebelum itu, tengoklah video di bawah ini ye... Daaaaa



Thursday, September 19, 2013

Diriku

As salam dan selamat sejahtera semua. Nama diberi Nurrulfatin Binti Ruslan. Dilahirkan pada 30 Ogos di Hospital Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Berkongsi bulan Merdeka negara tetapi kurang sehari sahaja dari tarikh kemerdekaan negara. Merupakan anak sulong dari tiga orang adik beradik. Ada darah cina yang mengalir dalam tubuhku ini.. Uniknya keluarga saya ialah kesemua adik-beradik saya belajar di sekolah cina sehinggalah darjah enam. Parent memang decite untuk hantar kami ke sekolah cina dengan harapan anak-anaknya dapat menguasai bahasa selain dari bahasa Melayu dan Inggeris. Ini adalah untuk bekalan masa hadapan.

Saya seorang yang pendiam dan kurang gemar berkata-kata. Tetapi apabila diberi peluang, macam tak nak berhenti pun ada. Tetapi majoriti kehidupan harian saya lebih gemar mendengar perbualan dan berfikir sendiri disebalik percakapan mereka. Bak kata pepatah " yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan pengajaran". Dalam kalangan ahli keluarga juga, saya lebih banyak mendiamkan diri dan diakui adik-beradik saya yang lain lebih banyak mulut berbanding saya.

Apabila sebut sahaja anak sulong, semestinya tanggungjawab yang dipikul sangat berat. Saya perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik saya terutamanya dalam pelakuan, pertuturan mahupun pelajaran. Ibu bapa saya sentiasa berpesan bahawa dalam dunia yang serba rencam ini, semestinya pelajaran adalah elemen yang sangat penting. Ilmu pengetahuan yang kita miliki itulah yang membezakan diri kita dengan masyarakat di luar sana. Tetapi jika pelajaran setinggi mana sekalipun, jika diri sendiri tidak tahu untuk menghormati sekeliling dan mengingati asal usul diri sendiri, pun tidak guna juga kan. Apa sekalipun, setiap perkara yang kita lakukan mestilah bersungguh-sungguh dan yang paling utama adalah mendapat keberkatan dari kedua ibu bapa kita. Berkat mereka, insyaAllah berkat juga disisi Maha Pencipta. Ameenn...


Ok,, mari kita saksikan video ini untuk dijadikan semangat untuk kita agar tidak mudah berputus asa dalam apa jua yang kita usahakan.. :)